Sepuluh finalis yang layak sebagai ikon pertanian dengan hadiah dimenangi bersama Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari dan kenamaan lain di Malam Anugerah Ikon Agro Selangor 2020 di Dewan Orkid Wisma PKPS Shah Alam pada September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

23 individu sertai pencarian Ikon Agro Selangor 2022

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 26 JAN: Sebanyak 23 penyertaan pencarian Ikon Agro Selangor 2022 diterima selepas tarikh tutup permohonan pada 18 Januari lalu.

EXCO pertanian berkata sebanyak 10 calon terbaik akan disenarai pendek dan diumumkan pada 6 Februari depan.

“Sekarang kita dalam proses semakan dan pemilihan calon untuk senarai pendek tersebut.

“Daripada senarai pendek ini kita akan audit secara terperinci dan buat video berkaitan untuk penilaian akhir,” kata Ir Izham Hashim.

Tambah beliau, pengumuman Ikon Agro Selangor akan dibuat dalam program Selangor Agro Fest 2023 pada Mac depan.

Pada 13 Disember lalu, Izham memaklumkan pertandingan edisi ketiga itu diadakan selaras menjadikan Selangor sebagai pusat bekalan makanan selain menggalakkan lebih ramai berkecimpung dalam industri.

Lima kategori dipertandingkan iaitu penternakan, akuakultur, tanaman, industri asas tani dan agro pelancongan yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 beserta peralatan tani.

 


Pengarang :