AGENSISELANGOR

Hujan di beberapa kawasan di Selangor sebelah petang, malam

SHAH ALAM, 25 JAN: Hujan dan ribut petir diramal berlaku di beberapa kawasan di Selangor pada sebelah petang dan malam ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menerusi Facebook agensi memaklumkan pada sebelah pagi seluruh Terengganu dilanda hujan termasuk beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Pada sebelah petang, selain Selangor, beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur Negeri Sembilan, Sabah turut dilanda ribut petir.

Manakala beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, Johor, Putrajaya, Sarawak dan Melaka mengalami hujan.

Pada sebelah malam, selain Selangor, seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dilanda hujan.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah hingga Rabu ini.

 


Pengarang :