ADN Bukit Gasing, R Rajiv (kiri) ketika meninjau perkembangan projek laluan pejalan kaki denai Sungai Penchala, Seksyen 14, Petaling Jaya pada 5 Januari 2023. Foto Facebook Rajiv Rishyakaran
ADNSELANGOR

Laluan pejalan kaki, rekreasi denai Sungai Penchala dibuka Februari

SHAH ALAM, 25 JAN: Laluan pejalan kaki dan rekreasi denai Sungai Penchala di Seksyen 14 Petaling Jaya bakal dibuka kepada orang ramai pada Februari ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing berkata laluan sepanjang 700 meter di tepi Sungai Penchala itu mesra pejalan kaki dan penunggang basikal.

“Kerja-kerja naik taraf di laluan berkenaan kini di peringkat akhir dan kita jangka minggu depan iaitu Februari orang ramai boleh guna laluan ini.

“Paling penting laluan ini menghubungkan Seksyen 19 dan kawasan komersialnya ke Stesen LRT Asia Jaya,” kata R Rajiv ketika dihubungi.

Menurut beliau denai sepanjang 700 meter itu bermula di Dataran Milenium, Seksyen 14 dan berakhir di hadapan bangunan Toyota Seksyen 19, Petaling Jaya.

“Diharap dengan adanya laluan ini ia dapat memberi pilihan kepada masyarakat sekitar untuk beriadah di sepanjang laluan sungai,” katanya.


Pengarang :