Gambar hiasan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lima daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 5 petang

SHAH ALAM, 20 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan lima daerah sehingga 5 petang.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan daerah tersebut adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Gombak serta seluruh Labuan.

Keadaan sama dijangka berlaku di Perak melibatkan Hulu Perak, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Maran dan Bera) serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian).

Sarawak pula di Limbang (Lawas) selain Sabah di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluaran dan Sandakan) dan Kudat.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :