Lori bermuatan telur terbalik hingga menyebabkannya bertaburan dan pecah di Kilometer 242.6 Plus arah utara di Rembau pada 20 Januari 2023. Foto PDRM
AGENDANASIONAL

Lori bawa muatan telur terbalik punca lebuh raya sesak lima kilometer

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

SHAH ALAM, 20 JAN: Lori yang membawa muatan telur ayam terbalik menjadi punca kesesakan sepanjang lima kilometer di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Rembau, hari ini.

Susulan kemalangan itu, muatan yang dibawa pecah dan bertaburan di atas jalan raya, lapor Sinar Harian.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas sejauh lima kilometer.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas lori berkenaan hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri.

“Ia mengakibatkan lori itu terbalik dan muatan telur dibawanya bertaburan di atas jalan.

“Pemandu lori iaitu lelaki berusia 30 tahun mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurut Hazri kesesakan lalu lintas bagi arah utara berpanjangan dalam tempoh kira-kira dua jam bagi tujuan pembersihan lokasi kemalangan.


Pengarang :