Pengunjung memilih perhiasan rumah bagi persiapan menyambut Tahun Baharu Cina ketika tinjauan SelangorKini di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada 30 Januari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

MBI sumbang lebih RM200,000 meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 12 JAN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI membelanjakan lebih RM200,000 tahun ini bagi memeriahkan perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut minggu depan.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata sumbangan meliputi bakul makanan kering dan penganjuran rumah terbuka peringkat negeri serta Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Lebih 500 bakul makanan bernilai RM100 sudah diagih kepada penduduk berpendapatan rendah sekitar Klang, Kuala Langat dan Permatang untuk bantu melengkapkan keperluan raya mereka.

“Bagi sambutan rumah terbuka peringkat negeri, MBI sumbang RM100,000 pada program yang dijangka hujung bulan ini selain program meraikan penduduk DUN Sekinchan,” katanya kepada Selangorkini.

Tahun lalu, MBI memperuntuk RM500,000 bagi membantu penduduk selain Islam menyediakan kelengkapan raya sama ada menerusi sumbangan wang tunai atau bakul makanan.


Pengarang :