Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Noraini Roslan. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPK dijangka capai status bandar raya 23 November ini

KLANG, 31 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) dijangka mencapai status bandar raya pada 23 November ini, kata yang dipertuanya.

Noraini Roslan berkata untuk menuju ke arah bandar raya idaman, pihaknya memberi keutamaan dengan memfokuskan perkhidmatan asas kepada masyarakat.

“Tahun ini MPK akan meningkatkan perkhidmatan asas seperti kutipan sisa pepejal, pembersihan awam, penyelenggaraan infrastruktur, pengindahan landskap dan penguatkuasaan undang-undang selain memperkukuhkan budaya kerja.

“Kita juga perlu menekankan tentang bandar berdaya huni dengan masyarakat yang perlu diperkasakan termasuk memberdaya komuniti dari sudut jati diri, perpaduan dan sikap ‘civilized society’,” katanya pada Mesyuarat Majlis Bil 1/2023 MPK hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan seluruh kakitangan MPK untuk mengubah cara kerja bagi meningkatkan kualiti sedia ada bagi mencapai matlamat Klang ke arah bandar raya.

“Ia sekali gus dapat membangun sebagai bandar raya produktif dan kompetitif demi kemakmuran rakyat serta masa depan lebih cemerlang,” katanya.


Pengarang :