EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud meninjau program saringan kesihatan percuma untuk mengesan barah pangkal rahim di Dewan Komuniti MBPJ Damansara Damai, Petaling Jaya pada 13 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKIN
EXCOSELANGOR

Penduduk Pulau Carey dipelawa sertai program Iltizam Selangor Sihat pada 31 Jan

SHAH ALAM, 17 JAN: Penduduk Pulau Carey, Kuala Langat dipelawa menyertai program pendaftaran khas Iltizam Selangor Sihat (ISS) pada 31 Januari ini.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata dianjurkan Pusat Peduli Rakyat Sijangkang, program tersebut berlangsung dari 9.00 pagi hingga 1 tengah hari di Sekolah Kebangsaan Sungai Judah (A), Pulau Carey.

“Skim ini layak untuk ketua keluarga berpendapatan bawah RM3,000 sebulan serta mempunyai anak atau tanggungan bawah 21 tahun.

“Pemohon juga mestilah menetap atau merupakan pengundi di Dewan Undangan Negeri Sijangkang,” katanya di Facebook hari ini.

Dr Mariah berkata individu yang mahu memohon perlu membawa kad pengenalan diri, pasangan serta tanggungan selain pengesahan pendapatan dan salinan semakan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Dokumen lain seperti salinan kad orang kelainan upaya (OKU) dan sijil mati atau cerai perlu dibawa jika berkaitan.

Setakat awal Disember tahun lalu, seramai 83,537 penduduk negeri ini mendaftar ISS bagi melayakkan mereka menerima bantuan rawatan asas sehingga RM500, perlindungan insurans sehingga RM5,000 dan khairat kematian RM1,000.

Program terkandung dalam Iltizam Selangor Penyayang memberi kemudahan kepada rakyat Selangor berpendapatan rendah (B40) untuk mendapatkan rawatan asas, suntikan vaksin serta perlindungan takaful.


Pengarang :