Sepuluh finalis yang layak sebagai ikon pertanian dengan hadiah dimenangi bersama Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari dan kenamaan lain di Malam Anugerah Ikon Agro Selangor 2020 di Dewan Orkid Wisma PKPS Shah Alam pada September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Penyertaan Ikon Agro Selangor dilanjut hingga 18 Januari, tawar hadiah RM10,000

SHAH ALAM, 13 JAN: Penyertaan program Ikon Agro Selangor 2022 yang dijadual tutup Isnin depan dilanjutkan sehingga 18 Januari ini.

Justeru EXCO pertanian mempelawa individu berusia 18 tahun ke atas yang mengusahakan projek agro negeri ini menghantar penyertaan bagi pertandingan edisi ketiga itu.

“Projek yang sedang diusahakan mempunyai status tanah sah dan mempunyai sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama sendiri.

“Mempunyai rekod penyata kewangan sekurang-kurangnya 12 bulan. Bagi persatuan atau koperasi hendaklah menghantar profil lengkap dan aktif dengan perniagaan,” kata Ir Izham Hashim di Facebooknya semalam.

Pada 13 Disember lalu, beliau memaklumkan pertandingan itu diadakan selaras menjadikan Selangor sebagai pusat bekalan makanan selain menggalakkan lebih ramai berkecimpung dalam industri.

Menurutnya, lima kategori dipertandingkan iaitu penternakan, akuakultur, tanaman, industri asas tani dan agropelancongan dengan menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 berserta peralatan tani.

Calon terpilih akan dipantau dan diaudit ahli jawatankuasa pertanian negeri selama dua tahun bagi memastikan mereka konsisten menjadi penyumbang bekalan makanan dalam tempoh jangka panjang.

Penyertaan boleh dibuat melalui pautan
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfxb161IGUlpyPqt6QkJjpSZqA_nrYuX7BIeqwLMWuy_OiGPw/viewform?fbclid=IwAR13z1KZUT-mzsrXk4oUvz-cULqq6yfEXEo-IzoWf1PFbdrHiDA073Bs-rA.


Pengarang :