AGENDANASIONAL

Ramalan hujan lebat di KL, enam daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 3 JAN: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Petaling, Gombak, Hulu Langat, Klang, Hulu Selangor serta Sepang di Selangor hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan cuaca sama melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :