AGENDANASIONAL

Amaran hujan di KL, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 10 malam

SHAH ALAM, 8 FEB: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor hingga 10 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran sama melibatkan seluruh Kuala Lumpur dan Melaka serta beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :