ADNSELANGOR

Anak muda dipelawa sertai lawatan ke sidang Dewan Negeri Selangor 16 Februari

SHAH ALAM, 8 FEB: Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama mempelawa anak muda menyertai lawatan ke parlimen dan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 16 Februari ini.

Jamaliah Jamaluddin berkata lawatan itu bertujuan memberi peluang kepada golongan belia merasai sendiri pengalaman dan suasana dewan rakyat berkenaan.

“Lawatan anak muda ini terbuka kepada belia antara 16 hingga 30 tahun. Penyertaan percuma tetapi pendaftaran adalah terhad, mohon daftar segera,” katanya menerusi Facebook.

Menurutnya program dengan kerjasama Penggerak Belia Selangor (PeBS) DUN Bandar Utama itu akan diadakan dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang.

“Individu yang menyertai sesi lawatan juga diminta berkumpul di stesen transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya sebelum 8.30 pagi,” katanya.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan http://shorturl.at/luAFG.

Untuk pertanyaan boleh hubungi PeBS DUN Bandar Utama melalui Facebook dan Instagram atau emel [email protected].


Pengarang :