Ahli Dewan Negeri Seri Setia Halimey Abu Bakar (tengah) bergambar bersama sebahagian sukarelawan Dewan Undangan Negeri Seri Setia pada majlis makan malam di Empire Hotel Subang, Subang Jaya pada 11 Mac 2023. Foto SHAMZ JOHAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Seri Setia anjur makan malam rai lebih 200 sukarelawan

Oleh SHAMZ JOHAN

SUBANG JAYA, 12 MAC: Lebih 200 sukarelawan Dewan Undangan Negeri Seri Setia dirai dalam majlis makan malam di Empire Hotel Subang di sini malam tadi.

Wakil rakyatnya Halimey Abu Bakar berkata selain menghargai jasa mereka yang membantu ketika kempen pilihan raya umum (PRU) ke-15, majlis sama bertujuan mengukuhkan hubungan dan kerjasama.

“Majlis ini bagi menghargai mereka (sukarelawan) terutama yang banyak membantu saya sejak mula dan ketika PRU 15 lalu.

“Semoga dengan majlis ini, kita dapat menaikkan semangat mereka untuk terus membantu kita menghadapi PRU nanti,” katanya.

Bertemakan hitam dan putih, majlis yang dimeriahkan dengan persembahan buskers diserikan lagi dengan dendangan lagu yang dinyanyikan Halimey dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung.

Majlis turut dihadiri Ahli Dewan Negeri Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri dan ahli-ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya.


Pengarang :