Gambar ilustrasi diambil pada 24 Julai 2019 di Paris menunjukkan logo aplikasi video Amazon Prime pada skrin tablet. Foto AFP
AGENDANASIONAL

Menteri arah SKMM selesai isu mutu capaian internet menjelang Jun

SHAH ALAM, 6 MAC: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah menyelesaikan isu berkaitan mutu capaian rangkaian internet di seluruh negara menjelang Jun ini.

Justeru, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perbincangan dengan pihak syarikat telekomunikasi berkaitan perkongsian rangkaian perlu dibuat untuk mengatasi isu berkenaan.

“Kadang-kadang kalau kita masuk kawasan pedalaman ada talian yang baik dan ada yang tidak sampai perlu guna dua telefon. Sebenarnya banyak telco (syarikat telekomunikasi) dah boleh kerjasama.

“Jadi apa yang saya tegaskan kepada SKMM saya nak kalau boleh menjelang Jun tahun ini masalah kualiti dan perkongsian rangkaian ini diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikan bagi menjawab soalan penonton mengenai masalah capaian internet pada sesi Town Hall Rakyat Sinar Harian Bersama Fahmi Fadzil di Kumpulan Karangkraf Seksyen 15, di sini hari ini.

Fahmi berkata keutamaan pihaknya juga adalah memastikan bukan hanya kualiti perkhidmatan menjadi keutamaan syarikat telekomunikasi tetapi kualiti pengalaman yang dialami pengguna.


Pengarang :