Beberapa petugas meyiapkan hidangan Nasi Ambeng untuk dihidangkan kepada tetamu dalam Program `World Food Day 2021′ Makanan Tradisi Negeri Selangor di Kampung Sungai Lang Tengah, Banting pada 16 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Negeri terbit buku masakan, himpun lebih 50 resipi juadah tradisi

SHAH ALAM, 3 MAC: Kerajaan Negeri menerbitkan buku masakan Dapur Selangor yang menghimpun lebih 50 resipi juadah tradisi negeri ini.

EXCO pembangunan wanita dan keluarga berkata resipi merupakan makanan terkenal di setiap Dewan Undangan Negeri seperti Pecal (Sungai Panjang), nasi ambeng (Sungai Air Tawar) dan tart bangkahulu (Hulu Selangor).

“Menariknya buku ini turut memuatkan resipi sup kambing berempah yang disediakan Datin Seri Masdiana Mohamed malah saya sendiri menyediakan resipi mi sayur.

“Penerbitan buku dirancang tahun lalu oleh bekas pegawai eksekutif Wanita Berdaya Selangor. Kita akan agihkan sempena sidang Dewan Negeri Selangor nanti,” kata Dr Siti Mariah Mahmud.

Beliau berkata buku masakan itu bakal dijual di kedai buku terpilih selain secara dalam talian pada harga kurang dari RM50.

“Dalam masa sama kita juga akan letakkan buku ini di perpustakaan awam sebagai bahan bacaan,” katanya.


Pengarang :