Presiden dan Naib Canselor Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (UIKL) Prof Datuk Dr Noor Inayah Yaakub menjadi nazir wanita pertama di Selangor. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Noor Inayah wanita pertama dilantik nazir masjid di Selangor

KLANG, 2 MAC: Presiden dan Naib Canselor Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (UIKL) Prof Datuk Dr Noor Inayah Yaakub menjadi nazir wanita pertama di Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Noor Inayah di Istana Alam Shah di sini, hari ini.

Noor Inayah, 53, ketika ditemui berkata beliau menerima sokongan pelbagai pihak termasuk imam dan nazir lain sekali gus lebih berkeyakinan menggalas tanggungjawab.

“Sebagai nazir ia lebih kepada pengurusan dan tadbir urus masjid. Jadi tiada halangan halangan dan masalah untuk seorang wanita menjadi nazir.

“Saya sedaya upaya bersama pasukan Masjid Ikram mendekatkan masyarakat setempat kerana dalam dunia ini kita tiada batasan sempadan dan waktu. Dengan pengurusan mantap, masjid lebih diraikan seluruh penduduk setempat tidak hanya komuniti IUKL sahaja,” katanya.

Bagi penggal 2023 hingga 2025, selain Noor Inayah seramai 1,255 lagi nazir dan imam negeri ini menerima watikah pelantikan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan bekas Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Petronas Dagangan Bhd Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir turut tersenarai sebagai penerima watikah.

 


Pengarang :