PBTSELANGOR

Pembahagi jalan di Flat PKNS Taman Sri Subang ditutup mulai 1 April

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 16 MAC: Pembahagi jalan di persimpangan lampu isyarat Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Taman Seri Subang di Jalan PJS 8/9 dan PJS 8/10 Petaling Jaya akan ditutup untuk tujuan kajian aliran trafik.

Unit Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam kenyataan memaklumkan tempoh percubaan kajian akan berjalan selama tiga bula bermula 1 April hingga 1 Julai depan.

“Sepanjang penutupan itu, kenderaan keluar dari arah Flat PKNS Taman Seri Subang dibenarkan belok ke kiri untuk ke Lebuh Raya Pantai Baharu (NPE) dan lot kedai di Jalan PJS 8/10 dan PJS 8/11.

“Sekiranya aliran trafik berjalan lancar dan tiada bantahan penduduk maka ia akan dilaksanakan secara kekal,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, ujarnya, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memandu berhati-hati dan mematuhi papan tanda isyarat di lokasi.

Tambahnya, sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Unit Lalu Lintas, Jabatan Kejuruteraan MBPJ di talian 03-79584221 atau email [email protected]


Pengarang :