Sekretariat Team Selangor Syahaizel Keman. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Program tadabbur al-Quran sepanjang Ramadan, disertai 20 pendakwah

SHAH ALAM, 30 MAC: Program Selangor Bertadabbur yang diteruskan lagi tahun ini merangkumi 90 program mentadabbur al-Quran bagi pengimarahan Ramadan.

Team Selangor yang merupakan penganjur bersama Asatizah Selangor berkata program menghayati kitab suci itu melibatkan penyertaan 20 pendakwah bertauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor.

“Program akan dijayakan di 16 Dewan Undangan Negeri (DUN) antaranya Sungai Tua, Kota Anggerik, Paya Jaras, Sungai Kandis, Pelabuhan Klang dan Seri Serdang.

“Matlamat kita adalah untuk mengimarah dan menyemarakkan suasana sepanjang bulan puasa ini. Pastinya program ini memberi manfaat besar kepada umat Islam,” kata Sekretariatnya Syahaizel Keman.

Malam tadi Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan program Selangor Bertadabbur 5.0 sempena Majlis Iftar Dato’ Menteri Besar bersama agensi kerajaan daerah di Gombak.

Program keagamaan itu diperkenal sejak 2019 bagi menghidupkan suasana Ramadan dengan aktiviti bermanfaat.


Pengarang :