Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal, Mazwan Johar menyampaikan sumbangan kepada penerima untuk aktiviti berkaitan kemasyarakatan, belia dan individu. Foto Facebook ADN Sungai Ramal
ADNSELANGOR

RM31,950 disumbangkan kepada masyarakat DUN Sungai Ramal untuk laksana pelbagai aktiviti

SHAH ALAM, 29 MAC: Sejumlah RM31,950 disumbangkan kepada institusi, pertubuhan, persatuan dan individu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal untuk penganjuran pelbagai aktiviti tahun ini.

Wakil rakyatnya, Mazwan Johar berkata sumbangan disampaikan kepada 11 penerima untuk pelbagai aktiviti berkaitan kemasyarakatan, belia serta individu.

“Penerima termasuk daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), persatuan penduduk dan komuniti, kelab sukan serta pertubuhan bomba sukarela dan penyelamat.


Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal, Mazwan Johar menyampaikan sumbangan kepada penerima untuk aktiviti berkaitan kemasyarakatan, belia dan individu. Foto Facebook ADN Sungai Ramal

“Selain itu, turut disampaikan sumbangan kewangan untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT),” katanya di Facebook, hari ini.

Beliau berharap sumbangan yang diberikan dapat memudahkan segala urusan dan program mereka yang terlibat tahun ini.


Pengarang :