Foto Facebook Izham Hashim
ADNSELANGOR

Warga DUN Pandan Indah dipelawa mohon baucar beli-belah Aidilfitri

SHAH ALAM, 6 MAC: Permohonan baucar Jom Shopping Hari Raya Aidilfitri bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah dibuka bermula hari ini hingga 23 Mac.

Wakil rakyatnya Ir Izham Hashim memaklumkan baucar beli-belah RM200 boleh dimohon melalui pautan https://forms.gle/iAXupY2ybCAWtzpA8 atau hadir ke pusat khidmat masyarakat DUN Pandan Indah.

“Permohonan terbuka kepada pengundi DUN Pandan Indah berumur 18 hingga 59 tahun dengan satu keluarga layak untuk satu baucar sahaja.

“Penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) tidak layak memohon,” kongsinya menerusi poster di Facebook.

Untuk keterangan lanjut, pemohon boleh menghubungi 016-5762710 atau 0192855558.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kadar baucar Jom Shopping Perayaan dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 setiap keluarga.

Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri menganggarkan 82,400 penerima bagi program ini yang akan diperuntuk sebanyak RM16.8 juta.

 


Pengarang :