Tangkap layar rakaman video ucapan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Ramadan dan program tadabbur al-Quran sehari satu ayat.
AGENDANASIONAL

Hayati Ramadan untuk dapat kasih sayang Nabi Muhammad (VIDEO)

SHAH ALAM, 20 APRIL: Umat Islam seharusnya menghayati bulan Ramadan untuk mendapat kasih sayang Nabi Muhammad SAW dan bukan mengikut beribadah mengikut kehendak diri semata-mata.

Mengulas ayat 6 Surah Al Ahzab, Pensyarah Kanan Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkata jika umat dapat memahaminya, maka hidup akan lebih tenang.

“Bukan beribadah dengan kehendak diri tetapi memperteguhkannya kerana benar-benar ingin tenggelam dalam kasih sayang dan keprihatinan bapa rohani iaitu nabi (Muhammad SAW).

“Jika semua umat Islam memahami dan menghayati, kita semua tak nak gaduh, benci dan dendam lama-lama.

“Apabila menjelang Aidilfitri, baru benar-benar berlaku kemaafan kerana semua rohani berada dalam titik ayah (Nabi Muhammad) dan ibu rohani,” katanya.

Beliau membuat huraian ayat yang dibacakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Amirudin pula berkata ayat itu mengikat hubungan persaudaraan ukhuwah yang sejati dengan menyatukan jiwa kita dengan Allah atas bimbingan Nabi Muhammad.

Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi berkata, di akhir Ramadan ini, umat Islam perlu perbanyakkan doa minta Allah perhubungkan rohani dengan nabi,” katanya.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu – kepentingan infak harta
Episod dua– bersyukur bukti keimanan
Episod tiga – taubat kunci keampunan-Nya
Episod empat – taati ibu bapa
Episod lima  – istiqamah dalam beramal
Episod enam – sifat amanah ketika memimpin
Episod tujuh  – bina kasih dalam keluarga
Episod lapan – doa pakaian ummah
Episod sembilan – tuntut ilmu
Episod 10 – hidup harmoni masyarakat
Episod 11 – ujian pengukur iman
Episod 12  – akidah keturunan Nabi Yaakub
Episod 13  – pemimpin disayangi taat kepada Pencipta
Episod 14 – hikmah Ramadan, bentuk peribadi, disiplin
Episod 15 – peringatan bercakap benar
Episod 16 – hormat sesama manusia
Episod 17 – insan berakhlak mulia warisi alam
Episod 18  – jauhi munafik, harap kematian dalam Islam
Episod 19 – kesulitan dihadapi disertai kesenangan
Episod 20 – nikmat jadi umat Nabi Muhammad
Episod 21 – ganjaran bersedekah, beri hutang
Episod 22  – jaga alam, bertaubat kepada-Nya
Episod 23– buat kebaikan, jauhi kezaliman
Episod 24 – takwa kunci toleransi
Episod 25 – empat perkara depani kemelut hidup
Episod 26 – amanah dan jauhi sikap melampaui batas
Episod 27  – sederhana dalam beribadat
Episod 28 – hormati hidup beragama


Pengarang :