Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1) memasuki sekolah pada hari pertama pembukaan sekolah 2023/2024 pada 20 Mac 2023. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kalendar sekolah kembali bermula Januari pada 2026

SHAH ALAM, 23 MEI: Sesi persekolahan akan kembali bermula Januari pada 2026 seperti yang diingini ramai pihak, maklum Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau menjelaskan usaha mengawal kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 sudah dimulakan pada Februari 2025, lapor Berita Harian.

“Jadi permintaan untuk memulakan sesi persekolahan pada Januari akan ditunaikan pada 2026,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata pelbagai faktor diteliti bagi melaksanakan perubahan itu meliputi ekonomi setempat dan banjir pada hujung tahun selain tidak mengganggu jadual peperiksaan utama.

Menurut Fadhlina, Kementerian Pendidikan Malaysia turut melihat kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan pembelajaran dilaksana secara optimum.

“(Ia bagi memenuhi) tempoh pembelajaran antara 32 hingga 36 minggu yang diperlukan bagi menyelesaikan keseluruhan kurikulum persekolahan setahun,” katanya lagi.

 


Pengarang :