EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau bergambar bersama peserta ketika majlis simbolik penyerahan peruntukan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anjuran Jawatankuasa Kebajikan di Dewan Annex, Shah Alam pada 10 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Negeri salur RM1.5 juta bantu 70 persatuan, NGO perkasa kebajikan rakyat

Oleh YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB

SHAH ALAM, 10 JUN: Kerajaan Negeri menyalur lebih RM1.5 juta kepada 70 pusat kebajikan, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memperkasa agenda kemasyarakatan sepanjang tahun ini.

EXCO kebajikan masyarakat berkata peruntukan disalur menerusi program Dana Sukarelawan Kebajikan, Program Sinergi Prihatin, Program Pusat Kebajikan Lestari dan Program Santuni Pusat Kebajikan.

“Menyedari kepentingan aspek kebajikan dalam pembangunan negeri, Kerajaan Negeri meneruskan kesinambungan pelaksanaan program berteraskan kebajikan dengan menyalurkan bantuan kepada badan berkaitan.

“Kerajaan Negeri akan terus cakna dengan hal ehwal kebajikan rakyat bagi memastikan sesiapa yang memerlukan tidak terpinggir tanpa bantuan,” kata V Ganabatirau.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis simbolik penyerahan peruntukan program kebajikan Kerajaan Negeri 2023 di Bangunan Annexe di sini hari ini.

EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau beramah mesra bersama peserta selepas majlis simbolik penyerahan peruntukan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anjuran Jawatankuasa Kebajikan di Dewan Annex, Shah Alam pada 10 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pada majlis itu, 29 pusat kebajikan menerima geran peruntukan menerusi Program Pusat Kebajikan Lestari dengan jumlah keseluruhan RM1.02 juta bagi fasa pertama 2023.

Manakala sembilan persatuan menerima RM290,000 menerusi Program Sinergi Prihatin dan RM108,000 kepada 11 persatuan menerusi Program Dana Sukarelawan Kebajikan.

Ganabatirau menambah, pihaknya turut menganjurkan Program Santuni Rumah Kebajikan pada Mei lalu membabitkan 20 rumah kebajikan dengan peruntukan RM110,000.


Pengarang :