Sebahagian tetamu program Sambutan Hari Ibu Bapa 2023 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJKC Kampung Gurney Ulu Yam Bharu pada 9 Jun 2023. Foto Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali
ADNSELANGOR

Lebih 300 meriahkan sambutan Hari Ibu Bapa pusat khidmat rakyat DUN Batang Kali

Oleh AZAMIN AMIN

SHAH ALAM, 10 JUN: Lebih 300 penduduk hadir program Sambutan Hari Ibu Bapa 2023 anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJKC Kampung Gurney Ulu Yam Bharu,  semalam.

Penyelarasnya berkata program dengan kerjasama Standco Pembangunan Kampung Baru diadakan bagi menghargai jasa ibu bapa yang menjadi tulang belakang kejayaan anak-anak dan kebahagiaan keluarga.

“Sejauh mana jua kita melangkah sentiasalah pulang untuk menghargai dan mengingati mereka,” kata Saifuddin Shafi Muhammad.

Beliau yang juga pegawai khas Menteri Besar turut berterima kasih kepada semua pihak terlibat menjayakan program tersebut dan menghargai pengiktirafan yang diberikan kepadanya atas khidmat kepada rakyat.

“Saya turut diperkenalkan sebagai Batang Kali Ah Hock sebagai simbolik khidmat berterusan dan hubungan baik yang terjalin dengan masyarakat Cina di Batang Kali,” katanya ketika dihubungi.

Program yang bermula jam 9 malam turut diserikan dengan acara cabutan bertuah, nyanyian karaoke terbuka serta persembahan Zumba oleh LW Fitness dan jamuan makan.

Penyelaras DUN Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad bersalaman dengan seorang bapa yang hadir pada program Sambutan Hari Ibu Bapa 2023 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJKC Kampung Gurney Ulu Yam Bharu pada 9 Jun 2023. Foto Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali

Pengarang :