Ramai pengundi DUN Gombak Setia bersemangat menunaikan hak di SK Taman Seri Gombak 2 yang menyaksikan pertandingan sengit antara calon Barisan Nasional dan Perikatan Nasional
AGENDANASIONAL

Calon seru orang ramai keluar tunai hak tentukan wakil rakyat

SHAH ALAM, 12 OGOS: Calon-calon Pakatan Harapan dan Barisan Nasional menyeru semua pemilih yang belum menunaikan tanggungjawab membuang undi agar bersegera berbuat demikian.

Setakat 1 tengah hari tadi, kira-kira 44 peratus daripada 3.7 juta juta pengundi berbuat demikian.

Dalam mesej video di Twitter, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Aminudin Shari turut menggesa orang ramai terus keluar mengundi.

Calon-calon tersebut:

Calon Sungai Ramal Mazwan Johar yang melawat pusat mengundi di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Tujuh, Bandar Baru Bangi pada 12 Ogos 2023.
Amidi Abdul Manan, calon Ijok bertegur sapa dengan pengundi warga emas, Sabil Md Salleh, 84, yang menunggu giliran di Sekolah Kebangsaan Ijok, Bestari Jaya pada 12 Ogos 2023.
Calon Jeram Datuk Jahaya Ibrahim bersama sebahagian pengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bukit Cheraka, Jeram pada 12 Ogos 2023.
Seorang pengundi berswafoto bersama calon Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri selepas membuang undi di Sekolah Rendah Agama Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 12 Ogos 2023.
Calon Permatang Mohd Yahya Mat Sahri selepas selesai mengundi bertegur sapa dengan orang ramai di Sekolah Kebangsaan Sri Tiram, Kuala Selangor pada 12 Ogos 2023.
Calon Semenyih Wan Zulaika Anua disapa mesra seorang pengundi di Balai Raya Sesapan Batu Rembau, Beranang pada 12 Ogos 2023.
Seorang pengundi warga emas yang berkerusi roda Alwi Darus, 74, dibantu calon Taman Templer Anfaal Saari di Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 2, Batu Caves pada 12 Ogos 2023.

Pengarang :