Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat mengawal bangunan Menara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya ketika tinjauan pada 12 Ogos 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Undi awal PRN enam negeri, PRK Parlimen Kuala Terengganu mula dikira

KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Undi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mula dikira.

Pengiraan itu disiarkan secara langsung melalui Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak 4 petang tadi.

Seramai 72,554 anggota tentera, polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi PRN di enam negeri itu, manakala 1,286 orang lagi mengundi untuk PRK di Kuala Terengganu pada Selasa lepas.

– BERNAMA


Pengarang :