Hujan lebat di Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi, Sepang tidak menghalang pengundi pilihan raya negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek menunaikan tanggungjawab masing-masing pada 12 Ogos 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir tiga daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 12 OGOS: Orang ramai diingatkan membawa payung untuk keluar mengundi di tiga daerah di Selangor memandangkan kawasan terbabit diramal mengalami ribut petir sehingga 7 malam ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan tiga daerah berkenaan ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.

Cuaca sama diramal berlaku di seluruh Pulau Pinang, Perak dan beberapa kawasan di Kedah, Terengganu, Pahang, Sabah serta Johor.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :