EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi berucap pada majlis penutup Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) ke-14 di Bangi Resort Hotel, Kajang pada 19 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Kejohanan Sukan Selangor pentas pembangunan atlet, cungkil bakat serata daerah

KAJANG, 19 NOV: Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) yang diadakan secara dwitahunan menjadi penggerak utama kepada proses pembangunan sukan negeri.

EXCO Sukan Najwan Halimi berkata temasya sukan melibatkan semua daerah itu membantu perkembangan atlet muda untuk ke tahap lebih tinggi selain mencungkil bakat terpendam terutama di kawasan luar bandar.

“SUKSES medan terbaik untuk atlet muda menguji keupayaan mereka. Bakat ini seharusnya dibimbing, diasah dan dididik dengan segala kepakaran demi meraih kecemerlangan yang membanggakan.

“Antara atlet negara yang lahir bermula sukan ini ialah Farah Ann (Abdul Hadi), yang merupakan ratu gimnas serta atlet boling, Natasha Roslan yang baharu dinobat sebagai juara dunia,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas majlis penutup SUKSES ke-14 di Bangi Golf Club, di sini. Turut hadir Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor Nizam Marjugi.

Sementara itu, ketika membaca ucapan Dato’ Menteri Besar, Najwan berharap semua pihak berkuasa tempatan dapat memberi peluang kepada atlet negeri menggunakan kemudahan ketika menjalani latihan.

EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi (kiri) dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor Nizam Marjugi ketika sidang media selepas majlis penutup Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) ke-14 di Bangi Resort Hotel, Kajang pada 19 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

SUKSES kali ini yang berlangsung dari 7 November menobatkan Petaling sebagai juara keseluruhan selepas mengutip 76 pingat termasuk 33 emas.

Atlet berbasikal daerah berkenaan, Khow Yong Peat serta Yong Ann Yi dipilih sebagai olahragawan dan olahragawati.

Bagi acara keseluruhan, Sepang berapa di tempat kedua manakala Hulu Langat sebagai tuan rumah meraih tempat ketiga.

SUKSES melibatkan 1,178 atlet menawar 377 pingat menerusi 109 acara meliputi sukan olahraga, pencak silat, boling padang, ping pong, petanque, sepak takraw dan berbasikal.

Atlet basikal daerah Petaling Khow Yong Keat dinobatkan Olahragawan Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) ke-14 dalam majlis penutup kejohanan di Bangi Resort Hotel, Kajang pada 19 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Atlet basikal daerah Petaling Yong Ann Yii dinobatkan Olahragawati Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) ke-14 dalam majlis penutup kejohanan di Bangi Resort Hotel, Kajang pada 19 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

 

 


Pengarang :