Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Majlis sambutan Hari Integriti dan pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) MBI dan anak syarikat milikannya di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 8 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MBI lancar pelan anti rasuah, bentuk warga kerja berintegriti tinggi

SHAH ALAM, 8 NOV: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI melancarkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) khusus untuk membentuk warga kerja bebas rasuah dan berintegriti tinggi.

Majlis pelancaran pelan anti rasuah itu disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata MBI menjadi satu-satunya anak syarikat Kerajaan Negeri di negara ini yang menyediakan pelan khusus merangkumi semua perkara yang memungkinkan perlakuan rasuah berlaku.

“Ia termasuk lah dari segi polisi hadiah, cuti dan semua perkara lain yang boleh menyebabkan rasuah berlaku dalam sesebuah organisasi.

“Pelan anti rasuah ini juga melibatkan lima anak syarikat milikan MBI iaitu Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Kumpulan Perangsang Selangor Bhd, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad,” katanya ditemui selepas menyempurnakan majlis pelancaran OACP.

Beliau berkata MBI melalui Jabatan Integriti dan Governans sejak 2021 menjalankan banyak program kesedaran integriti bagi mencegah amalan rasuah dalam kalangan warga kerjanya dan masyarakat.

“Usaha membudayakan integriti ini bukan sahaja dapat diterapkan kepada warga kerja MBI namun dikembangkan kepada masyarakat yang terlibat sama dalam aktiviti berobjektifkan integriti ini,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Majlis sambutan Hari Integriti dan pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) MBI dan anak syarikat milikannya di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 8 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama selepas merasmikan Majlis sambutan Hari Integriti dan pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) MBI dan anak syarikat milikannya di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 8 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :