Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengedarkan kupon Platform Selangor (PLATS) RAHMAH kepada pengunjung Bazar Ramadan USJ 4, Subang Jaya pada 9 April 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

500 kupon digital diedar di Bazar Ramadan Bandar Baru Bangi esok

SHAH ALAM, 29 MAC: Sebanyak 500 Kupon Digital Rahmah bernilai RM10 akan diedar kepada orang ramai di Bazar Ramadan Seksyen 3, Bandar Baru Bangi esok.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata edaran dibuat di lapan bazar terpilih sempena kempen Platform Selangor (PLATS) Masuk Bazar.

Ahmad Azri Zainal Nor berkata kupon digital itu boleh digunakan di gerai peniaga yang berdaftar dengan PLATS.

“Esok Jelajah PLATS Masuk Bazar akan diteruskan ke bazar Bandar Baru Bangi dan kupon dijangka diagihkan bermula 5 petang hingga 6 petang,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut dijadual meninjau bazar Ramadan berkenaan petang esok.

MBI sebelum ini memaklumkan pihaknya memperuntuk RM40,000 bagi menjayakan kempen tersebut dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Kajang.

PLATS diperkenal pada Ramadan 2020 bagi melengkapkan ekosistem Agenda Pendigitalan Selangor menerusi platform digital susulan penularan wabak Covid-19.

Ia merupakan inisiatif Kerajaan Selangor bagi membantu golongan perusahaan kecil, mikro dan sederhana (PMKS) untuk mengadaptasi pendigitalan dalam perniagaan.

PLATS juga memperkenalkan inisiatif baharu iaitu program Latihan Pembangunan Usahawan Plats (U-PLATS) bagi membantu usahawan menguruskan perniagaan secara digital.


Pengarang :