Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim. Foto Facebook IPD SHAH ALAM
AGENDAJENAYAH

Mayat lelaki ditemukan terapung di kunci air Sungai Klang

SHAH ALAM, 17 MAC: Mayat lelaki warga asing ditemukan dalam keadaan terapung di Kunci Air Sungai Klang, Seksyen 17, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata mayat warga Nepal itu, ditemukan dalam keadaan terlingkup dan lengkap berpakaian oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut pada 11.56 malam.

Beliau berkata pemeriksaan pihak forensik ke atas badan si mati yang turut menemui salinan passport Nepal dan mendapati tiada kesan pergelutan atau lain-lain kecederaan yang boleh menyebabkan kematian.

“Mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Iqbal berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihak yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512.

– BERNAMA


Pengarang :