Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail merasmikan Konvensyen Kebangsaan Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 16 Mac 2024. Hadir sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) Dato’ Sri Azalina Othman Said. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB: Perkukuh dasar pembangunan kanak-kanak, kekang gangguan fizikal, emosi

SHAH ALAM, 16 MAC: Kerajaan Negeri menjalin kerjasama kukuh dengan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membentuk dasar pembangunan kanak-kanak.

Dato’ Menteri Besar berkata langkah itu membuka ruang untuk golongan terbabit melaporkan sebarang kes yang berlaku termasuk penderaan dan gangguan fizikal, seksual atau emosi.

“Isu ini memberi impak besar kepada generasi akan datang. Jadi perlu ada kerjasama dengan banyak pihak demi memastikan generasi masa depan dapat memandu dan memimpin negara lebih baik,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini.

Beliau berucap di Konvensyen Kebangsaan Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual di Dewan Jubli Perak yang dirasmikan Menteri Undang-undang Datuk Seri Azalina Othman Said.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Konvensyen Kebangsaan Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 16 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Sementara itu beliau berharap konvensyen berkenaan dapat diperluas ke akar umbi komuniti bagi memberi kesedaran tentang bahayanya  eksploitasi seksual kepada generasi masa depan.

“Berdasarkan pengalaman, isu mengaibkan ini turut berkait dengan faktor ekonomi, cara hidup dan pemahaman agama. Lebih merungsingkan ia melibatkan beberapa tokok atau watak agama.

“Jadi tak boleh dibiarkan sesuka hati. Kesedaran ini dan perlu ditangani semua pihak, bukan hanya dari keluarga atau pihak sekolah sahaja,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Dato’ Sri Azalina Othman Said dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail bergambar bersama selepas merasmikan Konvensyen Kebangsaan Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 16 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :