Peniaga cendol, Siti Syuhada Johari, 31, mendaftar dan mengakses Pangkalan Data Utama (PADU) pada 3 Januari 2024. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Seramai 5.69 juta orang kemas kini sistem Padu setakat Isnin

SHAH ALAM, 20 MAC: Seramai 5.69 juta daripada 30.08 juta rekod individu menerusi sumber data pentadbiran mengemas kini maklumat sistem Pangkalan Data Utama (Padu) setakat Isnin.

Berdasarkan maklumat di Facebook, Selangor mencatat jumlah kemas kini tertinggi iaitu 0.86 juta orang, diikuti Sarawak (0.70 juta), Johor (0.58 juta), Perak (0.53 juta) dan Sabah (0.48 juta).

Kedah pula merekodkan 0.40 juta, Kelantan (0.38 juta), Kuala Lumpur (0.35 juta), Pahang dan Pulau Pinang masing-masing 0.31 juta, Terengganu (0.29 juta) manakala Negeri Sembilan (0.24 juta).

Negeri-negeri lain seperti Melaka menunjukkan jumlah 0.16 juta, Perlis (0.07 juta), sementara Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan pula masing-masing 0.02 juta.

Sistem Padu dibangunkan sebagai sumber rujukan utama kerajaan dalam merancang sosioekonomi dan menyusun dasar-dasar negara secara lebih terperinci serta menyeluruh.

Ia juga menjadi sumber kepada kerajaan, terutama dalam memberi bantuan kepada rakyat secara bersasar dengan lebih telus dan cekap sambil memantau kesan dan hasil bantuan yang disalurkan.

Mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini data diminta berbuat demikian sebelum 31 Mac ini melalui pautan https://www.padu.gov.my atau di kaunter Padu berdekatan.


Pengarang :