Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Meru di Taman Dato’ Bandar, Klang pada 16 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dengkil, Dusun Tua antara empat lokasi jualan murah pagi ini

SHAH ALAM, 29 APRIL: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di empat lokasi pagi ini.

Bermula 10 pagi, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Masjid Sg Lang Baru (Tanjung Sepat), Flat Selayang Mulia (Sungai Tua), Dewan Orang Ramai Kg Dato Ahmad Razali (Dengkil) dan Masjid Kg Kuala Pangsun (Dusun Tua).

Selain itu tapak bola keranjang Kampung Baru Kundang (Kuang) dan Kampung Batu Tiga Jalan Bangi (Kajang).

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :