PBTSELANGOR

MBSA belanja petrol percuma buat 300 penunggang motosikal esok

SHAH ALAM, 1 APR: Seramai 300 penunggang motosikal sekitar bandar raya ini berpeluang mengisi minyak petrol secara percuma, esok.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan program Jom Isi Minyak Motosikal Percuma itu bermula 10.30 pagi di stesen minyak Petronas Seksyen 7 bersebelahan Universiti Selangor (Unisel) di sini.

“Kepada penunggang motosikal jom sama-sama hadir memeriahkan program ini esok.

“Terhad kepada 300 motosikal terawal sahaja,” katanya menerusi Facebook hari ini.

MBSA sebelum ini memaklumkan sepanjang Ramadan ini pihaknya turut menawarkan pengurangan kompaun parkir RM20 selain potongan 70 peratus bagi kompaun terpilih.

Kempen bermula 12 Mac hingga 9 April itu bertujuan menggalakkan orang ramai melunaskan kompaun.


Pengarang :