Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tanda, bukti kekuasaan Allah SWT berada di sekeliling manusia (VIDEO)

SHAH ALAM, 2 APRIL: Pelbagai tanda kekuasaan Allah SWT dapat dilihat sama ada dari segi ilmu, teknologi, kebangkitan Islam sehingga apa yang berlaku di Palestin hari ini.

Demikian ulasan Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi ketika menghuraikan surah Fussilat ayat 53 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Menurut beliau, ayat itu menjelaskan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang sentiasa berlaku dari dulu hingga hari ini.

“Ayat ini boleh dihuraikan kepada dua dimensi iaitu teknologi, ketamadunan serta segala bentuk cabang keilmuan yang terbuka satu demi satu yang menampakkan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT.

Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan

“Dimensi kedua boleh dilihat kebangkitan Islam bermula dengan pembukaan Mekah dan dalam kontek hari ini apa yang berlaku di Palestin menunjukkan tanda kekuasaan Allah,” katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Mengulas lanjut Dr Ahmad Fakhrurrazi berkata dalam kita bersedih dengan isu Palestin, jangan dilupa di sebalik apa yang berlaku itu membuktikan kekuasaan Allah SWT dan manusia memandang kekuasaan Allah itu untuk membantu umat Islam bukan saja di Palestin tetapi di mana saja.

Menurutnya ayat itu juga memfokus kepada kekuasaan Allah yang memperlihatkan kebangkitan Islam, keilmuan melibatkan cakerawala, di laut, daratan yang mana penyerahan mutlak adalah kepada Allah SWT.

“Apa yang berlaku di alam ini, kita harus sedar semua itu adalah bukti dan saksi hidup Allah SWT itu wujud, sepatutnya ia jadi penggantungan mutlak manusia,” katanya.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial  Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin menyatakan tanda kebesaran atau kekuasaan Allah SWT dibuktikan dengan ilmu yang ditemui saban waktu serta dalam pelbagai bidang.

“Janji yang ditulis dalam al-Quran satu persatu dibuktikan sama ada dari bentuk kejadian, kemenangan atau kebangkitan Islam.

“Begitu besar pengertian dan juga fungsi ilmu dalam kehidupan yang diajar, diingat dalam al-Quran,” katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: Terus berbuat amal kebaikan
Episod 2: Mohon petunjuk dan ilham
Episod 3: Ilmu dan adab asas kehidupan
Episod 4: Jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik
Episod 5: Amanah, cerita kebenaran
Episod 6: Bersatu hati, elak pertikaian
Episod 7: Ilmu datang dari pelbagai arah
Episod 8: Kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan
Episod 9: Wajib berbakti kepada ibu bapa
Episod 10: Berdoa agar amalan diterima Allah
Episod 11: Manfaat pancaindera untuk timba ilmu
Episod 12: Kongsi rezeki dan yakin balasan Allah
Episod 13: Ujian itu hikmah, jadi insan hebat
Episod 14: Istiqamah mengingat Allah
Episod 15: Ujian Allah sesuai kemampuan
Episod 16: Bercakap benar, beradab dalam berbicara
Episod 17: Pemimpin berbincang sebelum buat keputusan
Episod 18: Rasullullah susuk penting
Episod 19: Waspada sifat orang munafik                                                                                                              Episod 20: Manfaat Ramadan dengan terus berdoa
Episod 21: Serah kepada Allah setelah ikhtiar, doa

 


Pengarang :