PBTSELANGOR

MBSA sita bas dan treler gagal patuhi undang-undang

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) konsisten mengadakan Operasi Bersepadu Menunda Kenderaan Berat di kawasan pentadbirannya dengan terbaharu 10 buah treler dan sebuah bas disita di Seksyen 28.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, penundaan kenderaan berat ini dilakukan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Operasi telah diadakan di Seksyen 27, dan Seksyen 28, Shah Alam.

“Operasi ini diadakan bertujuan untuk mengesan dan membanteras masalah kenderaan berat seperti lori dan bas yang diletakkan di kawasan awam seperti bahu jalan, kawasan kediaman dan rizab jalan,” katanya.

Dalam operasi sama, dua buah bas dan sebuah trailer telah dikapit dan membuat bayaran di tapak di Seksyen 27, Shah Alam.

Operasi ini turut melibatkan kakitangan daripada Jabatan Penguatkuasaan, Bahagian Perundangan, Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, MBSA serta agensi luar seperti pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bagi kenderaan berat yang tidak dialihkan, kenderaan tersebut akan ditunda dan dikompaun sebanyak RM2,420. Caj bagi simpanan di depoh adalah sebanyak RM50.00 sehari.

=EZY=


Pengarang :