PBTSELANGOR

MPAJ tempuh era baru pengurusan pembersihan awam

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 24 FEB: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menempuh era baru di dalam pengurusan pembersihan awam dengan penambahbaikan dilakukan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) menggunakan modus operandi berpandukan “Smart Waste Management”.

Pengurus Besar KDEBWM, Ramli Tahir, berkata, di dalam operasinya, pihaknya menggunalan 85 lori Armroll baru dilengkapi sistem canggih seperti sistem GPS Tracking dan tong RORO.

“Lori Armroll ini akan dipantau pergerakannya melalui penggunaaan Vehicle Monitoring System (VMS) dikawal selia secara berpusat di Centralized Command Center (CCC) KDEBWM di ibu pejabat KDEBWM di Shah Alam.

“Penggunaan kenderaan baru ini berjaya menyelesaikan isu tipikal sering dihadapi kontraktor sepertu kekurangan lori di lapangan, lori lama yang uzur serta lori sering kali rosak dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, KDEBWM juga memperkenalkan dua unit baru jentera Road Sweeper dilengakpi VMS yang akan diguna pakai sub-kontraktor bagi kerja pembersihan awam buat julung kali di Ampang Jaya.

“Di samping itu, katanya, penggunaan alpikasi iClean Selangor telah dibangunkan KDEBWM bertujuan memudahkan masyarakat menyalurkan aduan berkaitan yang boleh dimuat turun melalui aplikasi Android atau iOs.

“Selain memudahkan penyaluran aduan, dengan penggunaan aplikasi ini aduan dapat diuruskan atau diselesaikan dalam tempoh masa 24 jam,” katanya.

Majlis Menandatagani Perjanjian Perkhidmatan Pengurusan Pembersihan Awam di antara MPAJ dan KDEBWM berlangsung di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Iskandar Abdul Samad mewakili Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembanngunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah; Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor, Raja Shahreen Raja Othman dan Yang Dipertua MPAJ, Abd Hamid Hussain.

KDEBWM memulakan perkhidmatan di MPAJ bagi kerja kutipan sampah domestik mulai 1 Mac tahun lalu dan bagi pemberihan awam (1 Disember tahun lalu).

MPAJ adalah PBT kedua bersama Majlis Perbandaran Selayang mendapatkan perkhidmatan KDEBWM dilantik Kerajaan Negeri sebagai Syarikat Pengurusdan Projek (PMC) selepas kejayaan projek perintis di Majlis Perbandaran Klang pada 1 Julai 2016.

=EZY=


Pengarang :