NASIONAL

Mantan Datuk Bandar KL meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 1 APR: Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Dr Mazlan Ahmad, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini malam tadi.

Memetik Bernama, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, pada usia 75 tahun dan perkara terbabit disahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

Allahyarham meninggal dunia di HUKM hari ini,” katanya.

Dilaporkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, pada jam 7.30 malam.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara, di sini, pagi Ahad.

Allahyarham, yang dilahirkan di Perlis, dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur keeempat, pada 17 November 1992 sehingga 12 Disember 1995 sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pada 13 Disember 1995 dan memegang jawatan itu sehingga bersara, pada 15 Disember 1998.


Pengarang :