SELANGOR

MetMalaysia ramal cuaca cerah pagi penamaan calon di Selangor

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 27 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam ramalan cuacanya meramalkan cuaca cerah di Selangor, esok.

Cuaca secara umumnya diramalkan cerah di kebanyakan negeri pada sebelah pagi esok yang merupakan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dalam ramalannya, MetMalaysia turut melaporkan tiada hujan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Terengganu, Pulau Pinang, Perlis, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Kedah.

Bagaimanapun, cuaca mendung dan hujan diramalkan berlaku di semua 31 kawasan Parlimen di Sarawak, pada sebelah pagi.

Manakala keadaan sama turut diramalkan di beberapa tempat di Sabah dan Perak.


Pengarang :