PBTSELANGOR

Shah Alam On Wheel mudahkan urusan orang ramai

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 2 APR: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif menjalankan Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel (SAOW) bagi memudahkan orang ramai berurusan, pada hujung minggu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, perkhidmatan itu akan beroperasi, pada 7 April bermula jam 11 pagi hingga 5 petang, di perkarangan tempat letak kereta Pasaraya AEON Big Bukit Rimau, Seksyen 32, di sini.

Katanya, orang ramai tidak perlu hadir ke kaunter untuk membuat bayaran.

“Kemudahan perkhidmatan disediakan termasuk semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir serta banyak lagi.

“Kami juga mahu memantapkan sistem perkhidmatan untuk manfaat masyarakat,” katanya dalam kenyataan.


Pengarang :