NASIONAL

Agong perkenan pengampunan penuh Anwar Ibrahim

OLEH SHEEDA FATHIL
SHAH ALAM, 16 MEI : Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz mengesahkan rayuan pengampunan penuh terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dibentangkan dan dipertimbangkan.
Beliau berkata, rayuan pengampunan itu sudah dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51, hari ini.
“Selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dengan dinasihatkan oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
“Baginda menitah perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh Anwar Ibrahim dibenarkan dan diberikan pembebasan serta merta kepada beliau berkuatkuasa mulai dari tarikh persidangan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
=EZY=

Pengarang :