PBTSELANGOR

MPK kutip RM86.02 juta cukai taksiran

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 26 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengutip cukai taksiran sebanyak RM86.02 juta sehingga 16 Mei lalu.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, jumlah kutipan itu menyaksikan prestasi 85 peratus bagi pembayaran cukai taksiran 1/2018.

Manakala, katanya, prestasi 41 peratus pula menerusi kutipan tunggakan cukai taksiran.

“Daripada jumlah keseluruhan, sebanyak RM70.03 juta berjaya dikutip bagi penggal pertama ini dan RM15.99 juta daripada kutipan tunggakan.

“Ia merupakan peningkatan sebanyak RM0.97 juta berbanding RM85.05 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu,” katanya.

Pada masa sama, Mohamad Yasid berkata orang ramai akan mula menerima dan membuat bayaran bil cukai taksiran bagi penggal kedua 2018 seawal minggu pertama bulan Jun ini.

Katanya, orang ramai hendaklah menjelaskan sebelum atau pada 31 Ogos depan.

“Orang ramai boleh mendapatkan bil cukai taksiran di mana-mana kaunter MPK atau melalui laman web www.mpklang.gov.my.

“Pembayaran yang dibuat selepas tarikh itu akan dikenakan fi notis sebanyak RM20,” katanya.

=EZY=


Pengarang :