SELANGOR

Peratusan keluar mengundi dijangka tinggi

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 9 MEI: Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dijangka mampu mencecah lebih 80 peratus.

Calon Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, beliau menyangkakan terdapat masalah terhadap sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hingga menyebabkan pengundi terpaksa beratur lama.

“Pada mulanya saya sangka sistem perlahan tetapi bila saya tinjau sendiri tempat mengundi, saya dapati sistem berjalan baik atau lancar.

“Keadaan pengundi terpaksa beratur panjang dan lama ini disebabkan kali ini terlalu ramai dan saya percaya boleh cecah 80 peratus keluar mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikia ketika ditemui SelangorKini di Pusat Pengundian di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra di sini, hari ini.

Mohd Khairuddin menggesa supaya orang ramai bersabar berikutan pilihan raya merupakan medium untuk rakyat menentukan masa depan negraa yang hanya hadir lima tahun sekali.

Terdahulu, timbul rungutan orang ramai proses pengundian kali ini mengambil masa lama berbanding PRU sebelum ini.

Sementara itu, seramai 12,885,434 pengundi (pengundi biasa) akan mengundi pada hari ini di 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi.

 


Pengarang :