BERITA UTAMASELANGOR

Sultan Selangor solat Jumaat bersama rakyat di Kampung Baru

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 25 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan berangkat mencemar duli menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, hari ini.

Menyertai baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan kerabat diraja lain.

Turut bersama, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Exco Pemberdayaan Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Amirudin Shari, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Haris Kasim.

Selepas solat Jumaat berakhir, Sultan Selangor mengambil kesempatan bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah di masjid berkenaan.

Baginda turut meluangkan masa bertukar pandangan dengan pihak pengurusan masjid demi kebaikan umat Islam dan Selangor.


Pengarang :