SELANGOR

Terima kasih rakyat Selangor – MB

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 10 MEI: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Selangor yang kekal mempercayai kredibiliti pimpinan Pakatan Harapan (PAKATAN), untuk menerajui pentadbiran negeri itu.

Beliau berkata, kepedulian rakyat yang memilih pentadbiran Kerajaan Negeri yang adil akan terus dilaksanakan secara konsisten.

“Saya melihat ini adalah Tsunami Rakyat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia.

“Bukan sahaja kita dapat mengekalkan Selangor tetapi rakyat Malaysia membuktikan mereka sedia membawa perubahan besar, termasuk di peringkat Persekutuan.

“Justeru, PAKATAN akan menggalas amanah ini dengan jujur, ikhlas dan bertangunggjawab demi menyelamatkan negara dan rakyat,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau hadir di Pusat Penjumlahan Undi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Parlimen Gombak, di SMK Sungai Pusu, awal pagi ini.

PRU14 menyaksikan PAKATAN bukan hanya berjaya mengekalkan mandat, di Selangor tetapi berjaya menawan Putrajaya selepas menumbangkan Barisan Nasional.


Pengarang :