NASIONAL

Aliran trafik lebuh raya mula perlahan

KUALA LUMPUR 14 JUN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama mula perlahan akibat pertambahan kenderaan berikutan semakin ramai pengguna pulang ke kampung sempena Aidilfitri yang akan disambut esok.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), menerusi laman Facebook, memaklumkan sehingga jam 9 pagi tadi, trafik perlahan di beberapa laluan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di sekitar Perak.

“Trafik perlahan dari Lembah Beringin, Selangor ke Tanjung Malim, dari Behrang ke Sungkai, dari Hentian Ladang Bikam ke kawasan rehat dan rawat (R&R) Tapah, dari Tapah ke Gopeng, dari Simpang Pulai ke Ipoh dan dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar.

“Selain itu, di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, trafik perlahan dari Kilometer 34 Gombak, Selangor ke Genting Sempah, Pahang dan dari Genting Sempah ke Lentang, Pahang,” menurutnya.

Sementara itu, semua laluan di lebuh raya sekitar Lembah Klang dilaporkan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

SUMBER: BH ONLINE


Pengarang :