SELANGOR

MB hadir Rumah Terbuka CIMB

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LUMPUR, 30 JUN: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kumpulan CIMB, di Hotel Mandarin Oriental, di sini, hari ini.

Ketibaan Amirudin disambut Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.

Amirudin tiba di rumah terbuka itu kira-kira jam 8.30 malam.

Beliau meluangkan masa kira-kira dua jam di majlis yang dihadiri tetamu terdiri daripada kerabat dan kenamaan.

Turut kelihatan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.


Pengarang :