ALAM SEKITAR & CUACAGLOBAL

Gempa bumi kuat landa 8.2 magnitud landa Lautan Pasifik

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 19 OGOS: Satu gempa bumi kuat melanda Lautan Pasifik berdekatan dengan Fiji dengan kekuatan 8.2 menurut Agensi Gempa Bumi Amerika Syarikat USGS.

Gempa bumi kuat itu pada mulanya direkodkan pada kekuatan 7.9 skala richter, namun gegaran itu terlalu dalam untuk mencetuskan tsunami.

Gempa yang melanda pada jam 12:19 pagi waktu tempatan pada hari Ahad, berpusat pada kira-kira 284 kilometer (176 batu) timur Levuka di Fiji. Ia melanda kedalaman 570 kilometer (354 batu), menjadikannya gempa bumi yang sangat dalam.

“Berdasarkan semua data yang ada, tidak ada ancaman tsunami kerana gempa itu terletak terlalu jauh di dalam Bumi,” kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik dalam buletin kepada negara anggota.

Kami sedang berusaha untuk mengumpulkan lebih banyak maklumat.


Pengarang :