SELANGOR

Hentikan sahaja import sisa plastik – Sze Han

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 JAN: Langkah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mahu memastikan pihak industri mematuhi prosedur baharu ditetapkan sebelum mengeluarkan lesen import (AP) sisa plastik, dialu-alukan.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baharu, Ng Sze Han bagaimanapun mencadangkan supaya KPKT turut mempertimbangkan untuk menghentikan terus mengeluarkan AP sisa plastik.

“Saya rasa lebih bagus hentikan sahaja import AP sisa plastik khasnya membabitkan perindustrian di Selangor kerana sebenarnya bahan itu di dalam negara mencukupi untuk kegunaan industri tetapi perlu ambil beberapa langkah misalnya amalan program kitar semula.

“Selain itu, industri sisa plastik ini tidak memberi keuntungan berbaloi kepada negeri,” katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Sze Han berkata, perkara itu berikutan amalan mengimport sisa plastik bakal memberi kesan buruk kepada alam sekitar negara.

Katanya, kerajaan perlu membuat kajian mendalam untuk mengelakkan pengimportan sisa plastik diteruskan pada masa hadapan.

Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, KPKT masih belum meluluskan sebarang pemberian AP bagi sisa plastik kepada mana-mana syarikat sejak ia dibekukan pada Julai tahun lalu.

Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan setiap prosedur


Pengarang :